Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mengali harta karun

Seorang ayah yang sedang nazak berwasiat kepada anak-anaknya

"Jika ayah meninggal, kamu bertiga bersihkanlah tanah hutan milik kita dibelakang rumah ini. Carilah didalamnya harta karun yang selama ini ayah simpan untuk kamu"

Spontan anak yang sulung bertanya "Bolehkah ayah beritahu lokasi yang tepat harta karun itu?"

Si ayah hanya menggeleng-geleng kepala.

"Bang, tak payahla kita paksa ayah. Ayah kan tenat...." Kata anak bongsu

"Eh, kau ini, bukan senang nak bersihkan kawasan seluas itu. Kalau ayah dapat beritahu tempatnya, kan lebih senang?" Sampuk anak kedua.

Tidak lama kemudian ayah mereka meninggal dunia.

Tidak lama kemudian kedua-dua anak yang sulung tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan dan menggali ditempat-tempat yang mereka rasa harta karun itu berada. Setelah beberapa lama menebas dan menggali, harta karun masih tidak ditemui.

"Ahh, mana ada harta..Agaknya ayah bercakap dalam keadaan buang tebiat ke...."

"Mungkin ayah dah tak berapa waras lagi ketika memberi wasiat kepada kita"

Mendengar kata-kata tidak sopan abang-abangnya, si adik bongsu berkata "Kita kenal ayah, kata-kata ayag selalu benar, tidak ada sebab ayah nak menipu kita..."

"Baiklah kalau kau percaya sangat, kau seorang sahaja lah yang teruskan menggali "

Si adik bongsu menyambung kerja menebas dan menggali tanah itu. Tidak lama kemudian seluruh tanah dan hutan menjadi terang dan gembur.

"Macam mana? Ada harta karun?" Tanya abang-abangnya mengejek.

Namun si adik bongsu tetap yakin bahawa ayahnya bercakap benar. Tidak mungkin ayahnya berbohong. Cuma apakah hakikat sebenarnya yang dimaksudkan ayahnya?"

Lama-kelamaan si anak sulung dan anak yang keuda pergi meninggalkan kampung untuk mencari penghidupan di kota. Mereka kecewa kerana mengharap harta karun yang tidak ada. Tanah itu mereka serahkan sepenuhnya kepada adik bongsu mereka.

Melihat tanah kosong yang telah diterangi itu. Timbul idea dalam benak si bongsu untuk bercucuk tanam. Dia mulai dengan menanam jagung, kacang dan sayur-sayuran , yakni yang cepat mendatangkan hasil. Hasil tanamannya dijualndan mendapat sedikit keuntungan.

Setelah menggumpul agak banyak modal , tanah itu ditanam pula dengan pokok buah-buahan.

Beberapa waktu kemudian, ladang buah-buahannya mengeluarkan hasil yang agak lumayan. Di samping menjadi pembekal sayur, kacang dan jagung, dia kini menjadi pengeluar buah-buahan yang agak ternama. Dalam beberapa tahun, dia menjadi pengusaha maju dan kaya.

Kini baru dia faham apa yang dimaksudkan oleh ayahnya mengenai harta karun yang terpendam didalam kawasan hutan di belakang rumahnya.

Ayahnya tahu rahsia kerajinan, ketabahan dan sikap tidak putus asa dalam berusaha. Itulah HARTA KARUN yang dimaksudkan oleh ayahnya dulu.


Tidak ada jalan pintas untuk mendapat kejayaan dalam hidup. Semuanya perlukan usaha, dan kesabaran. Jika kita berusaha seluruh tenaga dan kemampuan diri, kita akan melihat ruang dan peluang sentiasa ada untuk dicapai.