Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telefon hilang di jumpai ronaldo


Gadis kehilangan telefon bimbit, dipulangkan semula oleh Cristiano Ronaldo
Austin Woolstenhulme kehilangan telefon bimbit semasa berkunjung ke Las Vegas, namun dijumpai dan dipulangkan semula oleh Cristiano Ronaldo.
Kesuraman berubah menjadi keceriaan buat seorang gadis di Amerika Syarikat.

Semuanya bermula apabila Austin Woolstenhulme kehilangan telefon bimbitnya beberapa hari lalu semasa berkunjung ke Las Vegas untuk bercuti bersama rakan-rakannya.

Berdasarkan muat naik di Instagram Austin, kesemua mereka berada di Las Vegas bagi menyaksikan persembahan



Nasib malang itu bertukar sama sekali apabila telefon bimbit gadis ini dipulangkan semula oleh orang yang menjumpainya.

Namun itu bukan berita baiknya, individu yang memulangkan telefon tersebut adalah pemain bola sepak paling terkenal di dunia iaitu Cristiano Ronaldo!


Bintang Real Madrid itu menjumpai telefon berkenaan semasa berada di Las Vegas lantas berusaha menjejaki semua pemiliknya.

Tidak terhenti setakat itu, semasa memulangkan semula telefon terbabit, Cristiano turut membelikan makan malam buat Austin serta tiga rakannya.

Kegembiraan itu dikongsi Austin dan rakannya, Kenzie Sellers menerusi profil media sosial masing-masing.


Sementara itu, para pengguna Twitter memberikan reaksi yang positif terhadap tindakan Cristiano itu. Rata-rata ramai yang menyifatkan pemain bola sepak berusia 30 tahun itu sebagai seorang yang jujur dan berhati mulia.