Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kuala woh

Balik kampung duk kat rumah asyik layan tv sampai naik biol kepala dengan bahang tatap zink membakar hingga kring kerongkong dubuat nya , tiba tiba terlintas di fikiran, kalau dapat mandi kat lata ke air terjun ok jugak.

Apa lagi aku pun buat lah cadangan ngajak pergi mandi kat tapah , kuala woh .tanpa teragak agak dia orang pun setuju aku tahu dia sebenarnya boring jugak asyik terperat kat rumah depan tv , kejap tidur kejap bangun.

Sebenarnya aku pun tak pernah datang sini walau pun aku anak kelahiran negeri perak, inilah kali pertama aku datang ke kuala woh ni, walau pun sering lalu kat jalan ni masa aku duk kat cameron highland dulu.

Pekara pertama yang aku kagum apabika datang kesini ialah gunung berapi tersembunyinya yang agak unit untuk di hayati.berbeza dengan kolam air panas yang sering aku kunjungi .kolamnya bersebelahan dengan air sungai yang mengalir.

Kalau dah mandi dan terasa sejuk bolehlah ke kolam air panas untuk memanaskan badan.seronok jugakdatang kat sini walau kesuntuk kan masa aku puas hatilah datang sini dengan sungai nya lebar dan deras airnya lagi dalam tak seperti tempat lain yang airnya kebanyakan dah cetek begitu juga dengan sampah sarap.