Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pulau pangkor malaysia

semasa melawat pulau pangkor

felda sungai klah

hot spring sungkai perak malaysia

kubur Datuk Panglima Garang

kampung ulu senduk taiping perak malaysia.

BUKIT LARUT(MAX WELL HILL, TAIPING PERAK MALAYSIA

pasar kemboja parit buntar perak

berbagai jualan borong dan retail

Janda baik , pahang

Janda
Begitulah juga dengan nama Janda Baik, sebuah kampung yang terletak berhampiran Lebuhraya Karak dalam daerah Bentong, Pahang.

Sebut saja namanya, pasti ramai ingin mengetahui sejarah uniknya seperti mana lelaki ingin mengetahui lebih lanjut mana-mana wanita bergelar janda.

Menjejakkan kaki di Janda Baik baru-baru ini, merungkai serba sedikit bagaimana kawasan yang boleh dikatakan terpencil ini mendapat namanya yang unik.

Bagi yang tidak mengetahui sejarah Janda Baik, mungkin timbul persoalan sama ada ia berkaitan dengan seorang wanita bergelar janda di situ dan adakah pula kerana di situ ada ramai janda hingga diberikan nama sedemikian.

Menceritakan asal usul nama Janda Baik, wartawan Metro Ahad menemui Mohammad Tahir Daud Patt, 86, generasi kedua perkampungan itu dan penduduk tertua di sana.

Dia yang mengikut keluarganya berpindah ke Janda Baik pada 1936, selepas enam tahun perkampungan itu dibuka, menceritakan lokasi terbabit asalnya adalah kawasan terpencil didiami sekumpulan Orang Asli di Pahang.

Namun, ia diteroka oleh masyarakat Melayu pada 1930 apabila mereka mencari kawasan perkampungan baru selepas berlakunya banjir besar pada 1926 yang menenggelamkan banyak kawasan sekitar Semenanjung.

"Sebenarnya penduduk di sini asalnya dari Bentong. Ketika mereka sibuk mencari kawasan baru untuk membina kampung, ada tiga sahabat yang dikenali sebagai Deris, Kadir dan Yasir menjumpai satu kawasan tanah datar dipenuhi hutan dikelilingi oleh gunung-ganang.

"Bagi melihat sama ada sesuai dibina perkampungan atau tidak, mereka bertiga berpakat membina pondok dan duduk hampir seminggu di sana. . . jadi bermula detik itulah kampung ini dibuka," katanya.

Berdasarkan cerita lisan yang diturunkan secara turun temurun, bagi memberi nama kepada penempatan itu, ketiga-tiga peneroka itu pada mulanya ingin meletakkannya sebagai Kampung Tiga Haji, yakni merujuk kepada usaha mereka bertiga yang membuka kawasan berkenaan.

Namun, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah, iaitu Sultan Keempat memerintah Pahang yang membuat kunjungan kali pertama di sana pada 1932 tidak berkenan dengan nama berkenaan.

Akhirnya, penduduk di situ bercerita kepada baginda bahawa kawasan berkenaan sebenarnya didiami Orang Asli yang turut menanam padi serta buah-buahan.

Bagaimanapun, pada satu ketika berlaku pertengkaran antara Tok Batin Orang Asli berkenaan iaitu Batin Wok dengan isterinya, Siah, hingga menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Namun tidak sampai satu bulan berpisah, akhirnya Siah balik semula ke rumah Batin Wok apabila padi ditanam masak dan hidup bersama suaminya semula.

Berdasarkan kisah itu, Orang Asli di sana menggelar tanah berkenaan sebagai `Janda Balik' merujuk kepada Siah yang balik semula ke pangkuan Batin Wok.

Baginda Sultan Abu Bakar yang tertarik dengan kisah yang disampaikan itu kemudian menukar nama kepada Janda Baik, sekali gus kekal sehingga kini.

Menariknya, walaupun kini Janda Baik terkenal dengan namanya yang unik dan menjadi tumpuan sebagai lokasi percutian dan beriadah, namun dulu kebanyakan penduduk di sana malu jika ditanya dari mana asal mereka.

"Dulu bila kami turun ke Bentong membeli barang, seboleh-bolehnya kami mengelak untuk ditanya kami dari mana.

"Ini kerana, jika kami memberitahu dari Janda Baik, mereka menganggap kami keturunan Orang Asli di situ, sedangkan asal kami dari Bentong dan ada pula yang mengejek supaya dibawakan janda di sana untuk mereka," katanya.

Namun, selari dengan peredaran masa, nama Janda Baik yang unik itu membawa kebanggaan kepada penduduk selain menggamit kedatangan pelancongan dalam dan luar negara, sekali gus menambah lagi sumber ekonomi penduduk di sana.

Sementara itu, Ketua Kampung Janda Baik, Zahari Ayop atau lebih dikenali sebagai Tok Empat di kalangan penduduk pula berkata, ada satu lagi cerita berbeza bagaimana kawasan itu mendapat namanya.

Katanya, kawasan terbabit mendapat nama Janda Baik berikutan wujudnya seorang janda membantu merawat penduduk Pahang yang cedera setelah menyertai peperangan saudara di Selangor pada 1918.

Ketika tercetus peperangan itu, Selangor meminta bantuan dari Pahang dan kerana kedua-dua negeri ini bersahabat baik, bantuan dihantar ke sana.

Namun ketika menyertai peperangan itu, banyak rakyat Pahang tercedera dan ada antara mereka terpaksa berpatah balik ke Temerloh.

Ketika menuju semula ke Temerloh, mereka terpaksa melalui satu kawasan hutan dikelilingi bukit bukau dan kebetulan bertemu seorang janda yang menawarkan khidmat untuk merawat mereka yang tercedera serta berlindung di rumahnya.

"Jadi, atas nama itulah munculnya nama Janda Baik. Jadi, bila ditanya di mana mereka mendapat rawatan, mereka mengatakan di satu kawasan didiami seorang janda yang baik dan sejak itu dikatakan mereka memanggil kawasan berkenaan sebagai Kampung Janda Baik," katanya.

Janda Baik, Pahang

* Dibuka secara rasmi pada 1932

* Terletak kira-kira 36 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Bentong, Pahang

* Kedudukan kawasan di Banjaran Titiwangsa pada ketinggian 600 hingga 800 meter dari paras laut

* Suhu mencecah 28 darjah Celsius (siang) dan 22 darjah Celsius (malam)

* Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok Balau berusia 250 tahun

* Mempunyai empat kampung tradisional Melayu, iaitu Kampung Sum Sum, Cheringin, Chemperoh, Kampung Janda Baik dan Kampung Orang Asli Semelai

* Menjadi tempat pertemuan empat aliran sungai utama iaitu Sungai Benus, Sungai Cheringin, Sungai Sum Sum
Sumber: http://zonfiniti.blogspot.my/2010/10/janda-baik-pahang.html#ixzz3p4lXI2Qu

Isu azan di masjid ini jawaban dr maza


BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN?
Soalan: Dato’ Dr MAZA, telah timbul bantahan sesetengah pihak terhadap bacaan kuat selain azan yang dilaungkan di masjid. Ia dikatakan mengganggu mereka yang berdekatan. Isu ini membawa kemarahan sesetengah umat Islam atas nama mempertahankan masjid. Apakah pandangan Dr MAZA tentang hal ini? – Nasir, Penang.
Jawapan: Saya sememangnya ingin mengulas sedikit tentang isu bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai ini. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh dipaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ، فَكَشَفَ السِّتْرَ، وَقَالَ: «أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
5. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis tadi dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml). Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
6. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
7. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

Kubur datuk panglima garang kampung senduk ulu

Termenung aku sejenak kaku tak tergerak bukan dik kerana terpegun dan buka bukan pula kecewa kerana putusnya kasih tapi dik kerana satu warisan sejarah yg dibiarkan tanpa penjagaan yang sewajarnya.pentingkah untuk ia di jaga , berbaloikah apakah mendatangkan faedah pada yg menjaga.
Dan yang amat menyedih kan cerita tentang nya juga kian hilang kerana yang mengetahui ramai  telah pergi menghadap ilahi.
KKeadaan yang dulu bersemak samun dulu kini cerah kerana mungkin pokok sawik dah besar

Pagar besi runtuh mungkin besi nya telah berkarat lalu roboh
Dinding batu yang telah pudar tidak dicat
SEJARAH TOK BIDAN SUSU LANJUT
Setiap manusia Allah S.W.T ciptakan dengan sebaik-baik kejadian sesuai dengan firmanNYA dalam Surah At-Tin yang bermaksud “ aku ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian”. Setiap manusia juga dianugerahkan kelebihan dan kelemahan tertentu dan ianya sudah pasti mempunyai hikmah yang Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya. Adakala keistimewaan yang Allah kurniakan kepada manusia dianggap sebagai sesuatu yang luarbiasa dan menakjubkan sepertimana kehebatan yang ada pada Laksamana Hang Tuah. Dalam konteks ini maka sejarah kehebatan yang dimiliki oleh seorang hamba Allah yang digelar Tok Bidan Susu Lanjut juga tidak terkecuali. Populariti beliau menjadi sebutan ramai khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.
Mengikut kajian dan juga pendapat dari beberapa pihak, Tok Bidan Susu Lanjut didakwa berasal dari tempat yang berbeza. Antaranya ialah Pagar Ruyung, Indonesia, negeri Kedah, Permatang Pauh, Pattani dan lain-lain lagi. Hanya dua pihak yang mengakui kuburnya terdapat di tanah perkuburan Kamunting Lama yang lebih dikenali ‘Kubur Keramat Tok Bidan”. Kesimpulan bole dibuat iaitu Tok Bidan Susu Lanjut atau Keramat Tok Bidan bukanlah hanya seorang individu sahaja. Salah satu pihak yang mendakwa kubur keramat Tok Bidan di Kamunting Lama adalah kubur Tok Bidan dari keturunan mereka ialah orang-orang yang berasal dari Pattani dan sebahagian besar daripada mereka ini menetap di mukim Batu Kurau.
Menurut cerita yang disampaikan oleh dua orang cicit Tok Bidan Susu Lanjut (keturunan Pattani) (1) Haji Ali Safar bin Jaafar yang hidup dari tahun 1863 hingga 1968 dan (2) Haji Idris bin Haji Mohd Ali yang hidup dari tahun 1893 hingga 1985 kepada anak-anak mereka yang terdiri dari En Yaakob bin Ali Safar dan En Abu Bakar bin Hj Idris serta cucu saudara mereka yang bernama En Mohd Daud bin Hanapi (Kampung Changkat Perah), maka amat menarik sekali untuk diperjelaskan sedikit sejarah mengenai Tok Bidan Susu Lanjut.
Tok Bidan Susu Lanjut atau nama sebenarnya ialah Tok Esah hidup sekitar 1790an hingga 1870an. Bapanya bernama Tok Debasa manakala nama ibunya tidak dapat diketahui. Tok Esah mempunyai tiga orang abang yang bernama Tok Jusoh, Tok Tahir dan Tok Pakeh. Mereka ini bergelar Datuk Panglima Gagah, Datuk Panglima Garang dan Keramat Tok Pakeh sementara adiknya pula bernama Mat Hassan. Sejarah awal menyatakan bahawa keluarga ini melarikan diri dari negeri Pattani disebabkan berlakunya ancaman keselamatan oleh Kerajaan Siam. Terdapat juga kepercayaan bahawa Tok Debasa berasal dari Indonesia. Beliau telah pergi ke Pattani dan berkahwin dengan seorang Kerabat Raja Pattani. Pasangan ini telah berhijrah dan pernah menetap di Sedim, Kedah. Hujah ini diperkuatkan dengan adanya sebuah bukit di sana yang dikenali sebagai “Bukit Tok Debasa”. Di bukit itu juga jasadnya disemadikan. Manakala empat orang anaknya kecuali Tok Pakeh (tidak ikut berhijrah) meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir di Bukit Gantang, Perak meneroka dan terus menetap di situ. Tok Esah telah berkahwin dengan seorang bomoh yang dikenali sebagai Tok Kermat Serban Kuning. Pasangan ini dikurniakan seramai tujuh orang anak yang terdiri daripada Tijah, Hawa, Munah (bergelar Tok Pattani), Jusoh, Ibrahim, Jabar dan Bakar. Cucu mereka yang bernama Abdullah (anak bongsu Ibrahim) kini telah berusia 90 tahun dan menetap di Kampung Padang Temu, Baling, Kedah.
Sejarah awal menyatakan bahawa keluarga ini mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang Kerabat Raja Pattani yang bernama Tok Indera. Tok Indera bersama keluarga dan pengikutnya dipercayai adalah kumpulan pertama yang membuka penempatan pelarian orang-orang Pattani di Mukim Batu Kurau pada awal kurun ke 18. Kampung terawal yang diterokai ialah Kampung Batu Bertindan. Justeru itu, Tok Esah bersama anaknya Jusoh telah datang ke Kampung Batu Bertindan pada awal kurun ke 19 untuk menjejaki keluarga Tok Indera di samping untuk turut sama menetap di kampung tersebut. Jusoh telah bertemu jodoh dengan seorang perempuan bernama Marela. Marela dan adiknya yang bernama Majlis serta kumpulannya melarikan diri dari Kampung Kerunai, Gerik kerana kampung tersebut telah diserang oleh tentera Siam. Mereka menetap di Kampung Cheruk Kelian, Changkat Perah. Perkahwinan antara Jusoh dengan Marela dikurniakan seramai enam orang anak iaitu Mat Diah, Kernai, Siti Hajar, Saman, Senu dan Esah. Oleh yang demikian hampir 95% penduduk Changkat Perah adalah berasal dari keturunan Marela dan Jusih serta Majlis dan suaminya yang bernama Musa. Selepas kematian Marela, Jusoh telah pergi ke Sik atau Sedim, Kedah untuk menjejaki keluarganya dan berkahwin pula dengan seorang gadis jelita di sana. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak yang terdiri dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua orang itu tidak diketahui namanya dan sehingga kini keturunan mereka tidak dapat dkesan. Dipercayai Jusoh telah meninggal dunia dan dikebumikan di sana. Berdasarkan faktor itu, pihak dari Kedah juga mendakwa bahawa mereka adalah keluarga dari pasangan Jusoh dan isteri barunya itu.
Setelah kematian Jusoh, anak-anaknya terutama sekali yang bongsu iaitu Esah telah dibesarkan sendiri oleh nenek mereka (Tok Bidan Susu Lanjut).
Kebolehan ilmu perbidanan Tok Esah bermula semenjak di Bukit Gantang lagi dan khidmatnya diteruskan di Kampung Batu Bertindan serta kampung-kampung sekitarnya. Antara kebolehan luarbiasanya ialah ketika beliau membidani seorang perempuan yang hendak melahirkan anak. Secara tiba-tiba keajaiban telah berlaku apabila bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan tersebut berupa beberapa biji telur yang besar dan bukannya berbentuk manusia. Oleh itu, Tok Esah telah mengulit-ulit sambil bermentera maka dengan kehendak Allah S.W.T maka terhasillah rupa bentuk beberapa orang bayi dari telur-telur tersebut. Kelebihannya yang lain termasuklah sebagai bomoh yang luar biasa dan menakjubkan.
Tok Esah dipercayai meninggal dunia di Kamunting ketika dalam perjalanan pulang dari menziarahi keluarganya di Bukit Gantang. Disebabkan beberapa faktor penghalang untuk membawa pulang jenazahnya ke Kampung Batu Bertindan maka jasadnya telah dikebumikan di tanah perkuburan Kamunting Lama. Hujah ini disokong kuat oleh keturunan Datuk Panglima Gagah dan Datuk Panglima Garang yang tinggal di Bukit Gantang. Namun kesahihan mengenai kebenaran kubur Keramat Tok Bidan tidak dapat dipastikan kerana ada pihak lain yang mendakwa bahawa jasadnya disemadikan di Baling, Kedah tetapi tiada fakta sahih diketemui. Maka hanya Allah S.W.T sahaja yang lebih mengetahuinya. Sejak dari itu, kubur Keramat Tok Bidan di Kamunting Lama telah menjadi tumpuan masyarakat termasuk kaum Cina dan India untuk memohon hajat dan membayar nazar sehinggalah binaan yang terdapat di atas kubur tersebut dirobohkan oleh Jabatan Agama Islam Perak pada tahun 1982 kerana dianggap khurafat. Wallahua’lam bissawab…
Sumber: Buku Salasilah Batu Kurau Karangan YB Hasbullah Hj Elias

Pergaduhan diplaza low yat siapakah sebenarnya yang bersalah

13 GAMBAR] DALANG PUNCA INSIDEN PERGADUHAN DI PLAZA LOW YAT…




KUALA LUMPUR - Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh tujuh orang lelaki Melayu yang dilaporkan bertindak sedemikian bagi membalas dendam.


Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, 7 orang lelaki Melayu telah menyerang dan memukul kakitangan kedai berkenaan selain dari merosakkan barangan dalam kedai tersebut yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM70,000.


Difahamkan, insiden pergaduhan itu berpunca daripada tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan bangunan berkenaan kerana didakwa telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.


Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Susulan dari itu, 7 orang lelaki Melayu yang juga rakan kepada suspek telah datang dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis itu.


"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon," menurut kenyataan laporan polis yang dibuat.


Bagaimanapun, tindakan beberapa lelaki itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka dibelasah bertubi-tubi sehingga ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.


Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan.


Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial pula berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka.


"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!" kata mereka.


Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut. Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.


















Note dipetik dari media terkini

 
Copyright © 2015 MediaTerkini - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia

Back To Top


Telefon hilang di jumpai ronaldo


Gadis kehilangan telefon bimbit, dipulangkan semula oleh Cristiano Ronaldo
Austin Woolstenhulme kehilangan telefon bimbit semasa berkunjung ke Las Vegas, namun dijumpai dan dipulangkan semula oleh Cristiano Ronaldo.
Kesuraman berubah menjadi keceriaan buat seorang gadis di Amerika Syarikat.

Semuanya bermula apabila Austin Woolstenhulme kehilangan telefon bimbitnya beberapa hari lalu semasa berkunjung ke Las Vegas untuk bercuti bersama rakan-rakannya.

Berdasarkan muat naik di Instagram Austin, kesemua mereka berada di Las Vegas bagi menyaksikan persembahan



Nasib malang itu bertukar sama sekali apabila telefon bimbit gadis ini dipulangkan semula oleh orang yang menjumpainya.

Namun itu bukan berita baiknya, individu yang memulangkan telefon tersebut adalah pemain bola sepak paling terkenal di dunia iaitu Cristiano Ronaldo!


Bintang Real Madrid itu menjumpai telefon berkenaan semasa berada di Las Vegas lantas berusaha menjejaki semua pemiliknya.

Tidak terhenti setakat itu, semasa memulangkan semula telefon terbabit, Cristiano turut membelikan makan malam buat Austin serta tiga rakannya.

Kegembiraan itu dikongsi Austin dan rakannya, Kenzie Sellers menerusi profil media sosial masing-masing.


Sementara itu, para pengguna Twitter memberikan reaksi yang positif terhadap tindakan Cristiano itu. Rata-rata ramai yang menyifatkan pemain bola sepak berusia 30 tahun itu sebagai seorang yang jujur dan berhati mulia.

syria bertempur lagi

Analisis
Asap naik di bandar Syria Kobane minggu ini selepas pejuang Negara Islam melancarkan serangan serentak terhadap kerajaan Syria dan militia Kurdis.
Asap naik di bandar Syria Kobane minggu ini selepas pejuang Negara Islam melancarkan serangan serentak terhadap kerajaan Syria dan militia Kurdis.  Photo: Reuters
Beirut:  Hanya beberapa hari selepas kumpulan Negara Islam menggesa penyokongnya untuk syahid diri dalam serangan Ramadan maut, satu siri serangan berdarah di pantai pelancongan di Tunisia, sebuah masjid Syiah di Kuwait dan sebuah kilang di Paris meninggalkan berpuluh-puluh orang mati dan beratus-ratus lagi cedera.
Negara Islam telah mendakwa bertanggungjawab bagi dua daripada serangan - di Tunisia dan Kuwait - walaupun ia masih tidak jelas sama ada mereka menyerang diselaraskan atau penyerang serigala hanya tunggal membawa mesej pelampau 'keganasan kepada dunia.
Sehari sebelum itu, serangan hendap Negara Islam di bandar sempadan Syria Kobane mengambil tol awam menakutkan, dengan sehingga 164 orang, termasuk ramai kanak-kanak, terbunuh dalam mengerikan Mengamuk 24 jam.
Isnin menandakan ulang tahun hari ADALAH mengisytiharkan dirinya khalifah yang mendakwa wilayah yang merangkumi Iraq dan Syria dan berkembang ke Libya dan wilayah Sinai utara Mesir.
Namun di sebalik 11 bulan serangan udara dan sokongan ketenteraan dari satu gabungan yang diketuai yang melibatkan negara-negara termasuk Australia, Britain, Jordan, Kuwait dan Arab Saudi, jelas masih tiada strategi antarabangsa atau serantau yang berkesan untuk menangani pemberontakan.
Serangan udara Gabungan membantu pasukan Iraq, disokong oleh militia Syiah, untuk mengambil semula bandar strategik Tikrit di Iraq, dan seminggu serangan udara lalu dibenarkan daya Kurdish disokong oleh pejuang pembangkang Syria menguasai semula bandar sempadan Syria Tel Abyad, pemotongan yang penting IS talian bekalan.
Bagaimanapun serangan Jumaat menunjukkan kerugian ini adalah lebih sedikit daripada blip di radar untuk kumpulan pelampau Sunni, yang terlebih dahulu telah didorong oleh perang saudara di Syria dan Libya dan keadaan lemah dan mazhab konflik di Iraq dan Yemen.
"Kami telah memasuki satu era baru jihad," memberi amaran Lina Khatib, pengarah Pusat Carnegie Timur Tengah di Beirut, di mana ADALAH menggunakan jenama antarabangsa untuk mewujudkan sel-sel tidur yang bertujuan untuk memajukan usaha untuk membina sebuah negara yang.
"Semuanya pada akhirnya berfungsi tujuan mengukuhkan projek Negara Islam," katanya kepada New York Times
Dalam mesej audio yang disiarkan dalam talian pada hari Selasa, jurucakap Negara Islam Abu Mohammed al-Adnani menyeru umat Islam menjadi syuhada pada bulan Ramadan.
"Perbuatan-perbuatan terbaik yang membawa anda lebih dekat kepada Allah adalah jihad, jadi tergesa-gesa untuk ia dan pastikan untuk menjalankan pencerobohan bulan yang mulia ini dan terdedah kepada syahid di dalamnya," kata Encik Adnani.
Dalam satu kenyataan pada media sosial, ADALAH mendakwa bertanggungjawab bagi serangan Tunisia. Kebanyakan yang terbunuh adalah "mata pelajaran negeri yang membentuk pakatan tentera salib melawan keadaan khalifah", kata kumpulan itu, merujuk kepada negara-negara dalam gabungan itu yang diketuai yang telah membedil IS jawatan di Iraq dan Syria.
Rafik Chelli, seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, berkata lelaki bersenjata yang tidak diketahui oleh pihak berkuasa dan tidak di mana-mana senarai jam tangan dari jihad yang berpotensi, manakala sumber keselamatan yang dinamakan beliau sebagai Seifeddine Yacoubi, seorang pelajar kejuruteraan elektrik berusia 23 tahun.
Walaupun Tunisia dikemukakan sebagai cerita kejayaan revolusi Arab - satu-satunya negara telah berjaya memulakan proses pendemokrasian tanpa turun ke dalam keganasan mazhab atau puak - ia masih dalam keadaan rapuh bertarung masalah ekonomi yang teruk dan pergolakan sosial di tengah-tengah dan selatan luar bandar.
Dan ia mempunyai perbezaan yang malang menjadi sumber kumpulan terbesar pejuang asing untuk IS (pakar-pakar menganggarkan 3000 orang berjuang di Libya, Iraq dan Syria).
Bahawa ia bersempadan dengan Libya - negara di mana kini mempunyai pijakan yang signifikan dengan beribu-ribu pejuang dari Tunisia, Algeria, Mesir dan Arab Saudi - telah terhakis lagi keselamatan Tunisia, kata Dr Sarah Feuer, seorang pakar Tunisia dan Fellow di Washington Institut Near Dasar Pandang ke Timur.
"Negara ini berjuang untuk cuba mencari cara untuk mengubah alat keselamatan ke dalam satu yang akan berlaku selepas sasaran yang tepat di samping mengekalkan kebebasan awam yang Tunisia telah mendapat sejak beberapa tahun lepas," kata Dr Feuer.
"Sebahagian daripada [pejuang asing Tunisia] yang datang dari bahagian-bahagian yang terpinggir di negara ini di mana selepas pemberontakan 2011 ... negeri ini telah mempunyai kehadiran yang sedikit dan di kawasan-kawasan mereka lebih matang untuk kumpulan bukan negara dengan ideologi ganas belakangnya untuk membuat kemajuan. "
Malah sebelum serangan ke atas resort pantai Sousse, pakar-pakar telah memberi amaran mengenai lagi berlaku, besar-besaran keganasan dari penganut IS di Tunisia.
Aaron Zelin, felo di Pusat Antarabangsa bagi Kajian Radikalisasi dan Keganasan Politik dan pengasas laman web Jihadology.net itu, memberi amaran Mei terdapat tanda-tanda telah meningkat ADALAH telah bersedia untuk mengisytiharkan pangkalan baru di Tunisia untuk mencabar al-Qaeda di Maghrib Islam.
Bertujuan untuk membuka depan lain pada berterusan perang al-Qaeda v Negara Islam, Encik Zelin memberi amaran "outbidding antara kedua-dua musuh boleh membawa kepada peningkatan dalam keganasan, dengan serangan gaya Muzium Kebangsaan Bardo semakin menjadi-jadi".

bersyukur lah kerana kita masih sempurna

Bersyukurlah kerana kita masih bernafasdi bumi ALLAH
jika nak dibandingkan dengan mereka ini sudah pasti tak dapat di byangkan bagai mana mereka melalui kehidupan ini dengan penuh cabaran dan dugaan ,berimpian untuk memakai kereta besar jauh sekali rasanya tak terlintas di hati mereka yang ada cuma hidup.tapi sayang kita yang terlalu sempurnna masih mengeluh didalam setiap perkara sering bertengkar sesama sendiri berhasad dengki sesamasendiri.

Kazim vs asri siapa yang untung

Semakin hari semakin panas bukan hangat lagi ini terjadi apa bila surat mufti perli tersebar luas agar ustaz kazim elias tak di jemput sebagai ahli panel sempena hari raja perlis .menimbulkan kemarahan ustaz kazim yang dikatakan memalsukan hadis nabi .sebenarnya siapa yang akan menang apabila org yang berimu berbalah masing masing nak betul dan sia yang rugi .setiap keduanya mempunyai pegikut dan para pegikut mesti menyokong org yg di sokong maka ini haya membawa kepada perpecahan umah.bagi yang salah mohon kemaafan kita hanya manusia biasa yang sentiasa berbuat kesilapan.buang yang keruh ambil yang jernih ketana kerana kesilapan kecil orang akan memandang seruis apatah lagi penganut agama lain akan memandang islam makin celaru kerana pemimpin asyik bertelagah.

Mengubati hati yang terluka

Bukan mudah untuk melupakan swsuatu yang meluka kan apatah lagi dikhianati.bercakap menyuruh memang mudah bagi seorang motivator tapi bagi yang menangung adalah sesuatu yang amat sukar untuk di tangani.satu yang harus kita pelajari adalah ilmu tanpa ilmu kita tak kan bisa kemana mana walau pun kita memounyai  banyak duit namun duit tak bisa meleraikan kekusutan jiwa yang kecewa.

Membenci mendoakan keburukan pada yang mengkhianati kita bukanlah sesuatu yang baik kerana apabila suatu hari kita mengcapi kebahagian satu sesalan yang tak kan padan jadi jangan lah mendoakan keburukan org yang menyakiti kita sebaiknya berdoalah sesuatu yang membawa kepada kebaikan bersama.

Ya memang bukan mudah nak memaafkan tapi harus kita ingat memaafkan kesalahan org lain ada satu tuntutan yang harus ada pada setiap insan.dan ketahuilah keajaiban kemaafan itu apa bila kita telah mencapai kejayaan suatu hari disaat segala penderitaan itu berakhir.

Kenapa kita di timpa musibah , satu dari tangan kita sendiri 2 kerana allah nak menguji kita untuk melihat setakat mana iman kita kerana allah tidak akan menimpa sesuatu kecuali yg kita sanggup menghadapinya.

Kebanyakan musibah yg datang adalah dari tangan tangan kita sendiri.kiatlah yang menzalimi dirikita sendiri.

Menyanyangi adalah lebih baik dari membenci kera membenci hanya membawa kepada tekanan sepanyang masa menegang kan segala urat saraf dan akhir nya kita sendiri yang menangung derita sedangkan yang mengkhianati terus berbahagia dengan insan yang baru.

juara maharaja lawak 2014 zero

Tahniah kepada kumpulan zero kerana memenangi maharaja lawak mega 2014 sudah rezeki kumpulan zero .namun disebalik kegembiraan merka tersembunyi satu kisah kehidupan mereka jom kita baca Kisah Sayu Dan Teladan Dari Kumpulan Zero

Zero terdiri dari 3 orang adik-beradik iaitu:

1) Mohd. Syaiful Doli Sharif (Syaiful), 25 tahun
2) Mohd. Sharif Kadir Doli Sharif (Sharif / Kadir), 23 tahun
3) Sharid Kunal Doli Sharif (Atu), 21 tahun

Realiti kehidupan Zero sememangnya boleh menjadi pengajaran. mereka sememangnya berasal dari kampung dan dari golongan yang boleh dikatakan agak susah.

Ayah mereka merupakan seorang yang cacat penglihatannya dan telahpun meninggal dunia. Mereka juga akui kurang berpelajaran dan hanya pertaruhkan bakat yang sedia ada sahaja.

Dengan itu Kadir juga telah berhenti belajar di tingkatan saru kerana kesempitan wang dan terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.

Jom baca kisah dari kumpulan Zero: -KOSMO

Pemergian ayah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mengubah kehidupan sedia ada. Hal ini kerana tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan dipikul penuh oleh kami adik-beradik setelah kehilangan ayah.

Alhamdulillah, kami diterima menjadi finalis Raja Lawak musim keenam ketika itu, sekali gus berjaya memperoleh tempat kedua (selepas Shiro). Pentas tersebutlah yang banyak membuka ruang kepada kami untuk terus menapak dalam industri seni.

Pekerjaan kami sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Hanya pekerjaan itu sahaja yang menjadi kepakaran kami bertiga semenjak kecil.

Lagipun, memang lumrah kami sebagai suku kaum Bajau yang tinggal di pesisiran pantai dan bekerja sebagai nelayan. Kami berharap agar dapat menjadi pengusaha ikan dan mempunyai kedai sendiri di Kudat, Sabah suatu hari nanti.

Sejak kecil sehingga dewasa, kehidupan kami hanya berkisar di kampung sahaja. Memang kami budak kampung sudah terbiasa dengan aktiviti kampung dan pelajaran bukanlah menjadi keutamaan pada ketika itu.

Tambahan pula dengan kesempitan wang pada ketika itu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar setakat tingkatan satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga.
Bermula dari situlah saya hanya bekerja sebagai seorang nelayan bagi mengumpul wang membantu ayah dan menampung kos kehidupan keluarga kami.

Bapa kami bertanggungjawab mengajar kami ilmu mempertahankan diri. Disebabkan hal tersebutlah kami mampu membuat aksi akrobatik untuk dijadikan nilai tambah dalam persembahan kami.

Kami tidak mempunyai sebarang pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan selesa. Kami hanya mempertaruhkan bakat dan kemahiran kami untuk dijadikan modal kepada khalayak.

Alhamdulillah, sedikit pintu rezeki dibuka bagi kami kini untuk meneruskan kehidupan dan saya berharap pentas lawak ini mampu menjadi platform kami supaya lebih berjaya dalam bidang seni.

Kami akui, bukan mudah dan sukar sekali untuk mencari idea yang segar dan bernas setiap minggu di pentas MLM 2014. Setiap strategi perlu diatur rapi bagi memastikan lawak yang dihasilkan segar dan belum pernah dipertontonkan sebelum ini.

Adakalanya, kami pernah bergaduh sesama sendiri apabila berbincang mengenai pemilihan tema dan idea yang sesuai. Bagaimanapun, pergaduhan tersebut terlerai dengan sendirinya apabila masing-masing mencapai kata sepakat.

Insya-Allah, kami akan lebih rajin melakukan penyelidikan dan berbincang mengenai lawak-lawak yang sesuai dengan semua jenis masyarakat, sekali gus mampu diterima baik oleh peminat kami.

Sebelum ini, saya akui agak sukar untuk kami mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan, terutamanya disebabkan kesukaran kami untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh peminat. Tambah menyukarkan ialah loghat kami yang tidak semua orang faham terutama masyarakat di Semenanjung.

Bagi mendapat tempat dan menjadi perhatian, kami mencuba keistimewaan lain seperti menggunakan lawak yang lebih kepada pergerakan fizikal. Itulah yang menjadi keutamaan kepada kami untuk terus mencuri hati peminat.

Insya-Allah. Kami memang mahu menang dan tempat pertama menjadi sasaran utama kami. Kami berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam mencari idea pada malam yang diharapkan menjadi sejarah paling bermakna bagi kami.