Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pulau pangkor malaysia

semasa melawat pulau pangkor

felda sungai klah

hot spring sungkai perak malaysia

kubur Datuk Panglima Garang

kampung ulu senduk taiping perak malaysia.

BUKIT LARUT(MAX WELL HILL, TAIPING PERAK MALAYSIA

pasar kemboja parit buntar perak

berbagai jualan borong dan retail

Janda baik , pahang

Janda
Begitulah juga dengan nama Janda Baik, sebuah kampung yang terletak berhampiran Lebuhraya Karak dalam daerah Bentong, Pahang.

Sebut saja namanya, pasti ramai ingin mengetahui sejarah uniknya seperti mana lelaki ingin mengetahui lebih lanjut mana-mana wanita bergelar janda.

Menjejakkan kaki di Janda Baik baru-baru ini, merungkai serba sedikit bagaimana kawasan yang boleh dikatakan terpencil ini mendapat namanya yang unik.

Bagi yang tidak mengetahui sejarah Janda Baik, mungkin timbul persoalan sama ada ia berkaitan dengan seorang wanita bergelar janda di situ dan adakah pula kerana di situ ada ramai janda hingga diberikan nama sedemikian.

Menceritakan asal usul nama Janda Baik, wartawan Metro Ahad menemui Mohammad Tahir Daud Patt, 86, generasi kedua perkampungan itu dan penduduk tertua di sana.

Dia yang mengikut keluarganya berpindah ke Janda Baik pada 1936, selepas enam tahun perkampungan itu dibuka, menceritakan lokasi terbabit asalnya adalah kawasan terpencil didiami sekumpulan Orang Asli di Pahang.

Namun, ia diteroka oleh masyarakat Melayu pada 1930 apabila mereka mencari kawasan perkampungan baru selepas berlakunya banjir besar pada 1926 yang menenggelamkan banyak kawasan sekitar Semenanjung.

"Sebenarnya penduduk di sini asalnya dari Bentong. Ketika mereka sibuk mencari kawasan baru untuk membina kampung, ada tiga sahabat yang dikenali sebagai Deris, Kadir dan Yasir menjumpai satu kawasan tanah datar dipenuhi hutan dikelilingi oleh gunung-ganang.

"Bagi melihat sama ada sesuai dibina perkampungan atau tidak, mereka bertiga berpakat membina pondok dan duduk hampir seminggu di sana. . . jadi bermula detik itulah kampung ini dibuka," katanya.

Berdasarkan cerita lisan yang diturunkan secara turun temurun, bagi memberi nama kepada penempatan itu, ketiga-tiga peneroka itu pada mulanya ingin meletakkannya sebagai Kampung Tiga Haji, yakni merujuk kepada usaha mereka bertiga yang membuka kawasan berkenaan.

Namun, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah, iaitu Sultan Keempat memerintah Pahang yang membuat kunjungan kali pertama di sana pada 1932 tidak berkenan dengan nama berkenaan.

Akhirnya, penduduk di situ bercerita kepada baginda bahawa kawasan berkenaan sebenarnya didiami Orang Asli yang turut menanam padi serta buah-buahan.

Bagaimanapun, pada satu ketika berlaku pertengkaran antara Tok Batin Orang Asli berkenaan iaitu Batin Wok dengan isterinya, Siah, hingga menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Namun tidak sampai satu bulan berpisah, akhirnya Siah balik semula ke rumah Batin Wok apabila padi ditanam masak dan hidup bersama suaminya semula.

Berdasarkan kisah itu, Orang Asli di sana menggelar tanah berkenaan sebagai `Janda Balik' merujuk kepada Siah yang balik semula ke pangkuan Batin Wok.

Baginda Sultan Abu Bakar yang tertarik dengan kisah yang disampaikan itu kemudian menukar nama kepada Janda Baik, sekali gus kekal sehingga kini.

Menariknya, walaupun kini Janda Baik terkenal dengan namanya yang unik dan menjadi tumpuan sebagai lokasi percutian dan beriadah, namun dulu kebanyakan penduduk di sana malu jika ditanya dari mana asal mereka.

"Dulu bila kami turun ke Bentong membeli barang, seboleh-bolehnya kami mengelak untuk ditanya kami dari mana.

"Ini kerana, jika kami memberitahu dari Janda Baik, mereka menganggap kami keturunan Orang Asli di situ, sedangkan asal kami dari Bentong dan ada pula yang mengejek supaya dibawakan janda di sana untuk mereka," katanya.

Namun, selari dengan peredaran masa, nama Janda Baik yang unik itu membawa kebanggaan kepada penduduk selain menggamit kedatangan pelancongan dalam dan luar negara, sekali gus menambah lagi sumber ekonomi penduduk di sana.

Sementara itu, Ketua Kampung Janda Baik, Zahari Ayop atau lebih dikenali sebagai Tok Empat di kalangan penduduk pula berkata, ada satu lagi cerita berbeza bagaimana kawasan itu mendapat namanya.

Katanya, kawasan terbabit mendapat nama Janda Baik berikutan wujudnya seorang janda membantu merawat penduduk Pahang yang cedera setelah menyertai peperangan saudara di Selangor pada 1918.

Ketika tercetus peperangan itu, Selangor meminta bantuan dari Pahang dan kerana kedua-dua negeri ini bersahabat baik, bantuan dihantar ke sana.

Namun ketika menyertai peperangan itu, banyak rakyat Pahang tercedera dan ada antara mereka terpaksa berpatah balik ke Temerloh.

Ketika menuju semula ke Temerloh, mereka terpaksa melalui satu kawasan hutan dikelilingi bukit bukau dan kebetulan bertemu seorang janda yang menawarkan khidmat untuk merawat mereka yang tercedera serta berlindung di rumahnya.

"Jadi, atas nama itulah munculnya nama Janda Baik. Jadi, bila ditanya di mana mereka mendapat rawatan, mereka mengatakan di satu kawasan didiami seorang janda yang baik dan sejak itu dikatakan mereka memanggil kawasan berkenaan sebagai Kampung Janda Baik," katanya.

Janda Baik, Pahang

* Dibuka secara rasmi pada 1932

* Terletak kira-kira 36 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Bentong, Pahang

* Kedudukan kawasan di Banjaran Titiwangsa pada ketinggian 600 hingga 800 meter dari paras laut

* Suhu mencecah 28 darjah Celsius (siang) dan 22 darjah Celsius (malam)

* Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok Balau berusia 250 tahun

* Mempunyai empat kampung tradisional Melayu, iaitu Kampung Sum Sum, Cheringin, Chemperoh, Kampung Janda Baik dan Kampung Orang Asli Semelai

* Menjadi tempat pertemuan empat aliran sungai utama iaitu Sungai Benus, Sungai Cheringin, Sungai Sum Sum
Sumber: http://zonfiniti.blogspot.my/2010/10/janda-baik-pahang.html#ixzz3p4lXI2Qu

Isu azan di masjid ini jawaban dr maza


BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN?
Soalan: Dato’ Dr MAZA, telah timbul bantahan sesetengah pihak terhadap bacaan kuat selain azan yang dilaungkan di masjid. Ia dikatakan mengganggu mereka yang berdekatan. Isu ini membawa kemarahan sesetengah umat Islam atas nama mempertahankan masjid. Apakah pandangan Dr MAZA tentang hal ini? – Nasir, Penang.
Jawapan: Saya sememangnya ingin mengulas sedikit tentang isu bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai ini. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh dipaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ، فَكَشَفَ السِّتْرَ، وَقَالَ: «أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
5. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis tadi dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml). Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
6. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
7. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.