Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.
Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata(pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.
Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpurdianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak. Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.
Kni Cameron Highland tak sesejuk dahulu mungkin kerana pengbangunan pesat dan penebangan hutan belukar yang keterlalaun.Untuk pergi keCameron ada tiga laluan iaitu melalui Simpang Pulai,Tapah,dan Sungai Koyan
kalau nak cepat sampai lebih baik ikut simpang pulai jalam mya agk besar dan agak dekt dari tapah.
kalau nak cepat sampai lebih baik ikut simpang pulai jalam mya agk besar dan agak dekt dari tapah.
ladang strawbery kat mardi boleh petik sendiri tapi agak mahal harganya dari tempat lain.sekilo rm28 rinngit sekilo.
buah yang masih muda dilarang petik.
terbaik dari ladang
Tomato ladang mardi
lobak
pokok epal hanya boleh di pandang tak boleh di petik
Kilang Teh tertua diMalaysia
pengunjung bolen singgah sambil minum teh
Pandangan dari jauh ladang teh MARDI
salah satu tarikan pengunjung di Mardi ialah Bunga bunga nya